Wednesday, 18 July 2012

..CiNtA MeNgGiLa..

~ BISMILLAH ~

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


simbolik cinta


C.I.N.T.A  5 huruf.. 1 perkataan.. singkat dan ringkas bukan?? huhuhu.. namun tahukah kalian maksud sebenar CINTA?  menurut kamus, CINTA bermaksud perasaan sayang dan suka yang amat sangat.. wow!! dahsyat.. hehe.. tetapi dalam diri masing2 ada maksud sendiri tentang CINTA.. 

korang mesti tertanya tanya nape aku memilih isu ini dalam tulisan aku kali ini?? manusia mana yang tak hidup tanpa cinta.. aku berani cakaplah semua insan perlukan cinta.. korang pernah x dengar lagu nasyid in-team.. aku x ingat tajuk tapi antara bait2 lagunya " dengan CINTA kenal PENCIPTA.. dengan CINTA kenal RASULNYA.. kerana CINTA kenal SAUDARA.. bahagia KELUARGA.." aku harap korang memahami maksud lagu tu.. dah tertulis sejak azali bahawa kita ini akan hidup saling menyintai.. 

walaupun perkataan CINTA itu ringkas namun panahannya amat perit untuk dilupakan.. sesiapa yg berCINTA akan tahu kebenarannya.. CINTA bukan untuk kekasih sahaja malah untuk semua.. CINTA pada keluarga, kawan2, sahabat2, adik2, abang serta kakak.. cintakan insan, insan kan mati.. cintakan ILLAHI kekal abadi.. kawan2 yg aku sayang betulkan semula niat kita.. ber CINTA lah dengan ILLAHI dahulu.. kemudian ber CINTA lah dengan dirimu pula.. barulah kita layak menCINTAi insan lain.. 

aku xnafikan seandainya kita telah berCINTA sukar untuk kita lupakan insan yg kita CINTAi itu bukan?? aku juga merasai itu semua.. jujur aku katakan aku hampir kecundang kerana CINTA sesama insan.. kekecewaan mendesak aku melakukan perkara2 yg xmasuk akal.. Alhamdulillah.. iman aku masih kuat.. berkat doa serta sokongan dari insan2 yg benar2 menyayangi aku kerana ALLAH akhirnya aku bangkit.. perkara semalam aku biarkan ia berlalu.. sesekali aku memandang kebelakang untuk menginsafi hari itu.. untuk mengulangginya semula aku minta dijauhkan.. nauzubillah..

teman2.. sewaktu kita berCINTA mcm2 simbolik kita gunakan.. contohnya seperti gambar hiasan di atas itu.. tapi pernah x kita menghadiahkan sesuatu sebagai simbolik CINTA kita kepada ILLAHI?? tepuk dada tanya hati.. sedangkan yg bagi kita rasa itu adalah DIA.. apakah kita lalai?? apakah kita lupa akan hakikat itu?? ALLAHUAKHBAR.. aku telah tewas sewaktu masa dahulu.. bagi korang yg masih belum rasa kecundangan perCINTAan aku mohon betulkan semula niat korang.. ikhlaskan perCINTAan korang.. tebalkan dinding keimanan korang agar diri xterhasut dengan syaitan durjana.. aku sekadar mengingatkan.. kerana aku jua insan yg lemah..

bagi yg hilang CINTA insani.. samada korang hilang CINTA seorang kekasih.. hilang CINTA seorang sahabat,  kakak, abang or adik.. janganlah korang rasa dunia ini gelap.. percayalah ALLAH itu xkan pernah tinggalkan kita meskipun kita telah lama tinggalkan DIA kerana leka dengan perihal dunia.. sujudlah pada-NYA.. mohon keampunan dari-NYA.. akan ada hikmah terindah yg bakal korang perolehi.. insyaALLAH.. 

jangan korang jadi lemah jika insan yg korang CINTA itu tinggalkan korang.. lantak pi lah dgn dia kan?? jangan korang jadi lembu kena cucuk hidung kerana takut hilang insan yg korang CINTA tu.. sebab korang bukan haiwan.. jangan korang sakitkan hati korang sendiri demi nak jaga hati insan yg korang CINTA yg mn insan tersebut hanya anggap korang boneka.. try tepuk dada korang then tanyalah hati korang sendiri.. kita punya akal serta fikiran.. gunakan sebaiknya.. aku sekadar mengingatkan.. =)

CINTA kan insan, insan akan mati..
CINTA kan ILLAHI, kekal abadi.. 


inilah CINTA yg diredhai ILLAHI.. kebahagiaanya milik bersama..

 
airmata yg mengalir itu bukan tanda kelemahan tapi itulah kekuatan kita.. 

kenyataan itu memang sakit namun itulah lebih baik dari hidup bersama hipokrit..

sabarlah kerana kesabaran itu akan terbayar dengan kebahagiaan suatu hari kelak..

1 comment:

  1. korang nilai la ok.. jgn lupa untuk tinggalkan komen.. =) ..

    ReplyDelete