Sunday 4 August 2013

ANTARA SIMPATI & EMPATI..

BISMILLAH..



lama sudah ku x mencoretkan apa2 diruangan ini.. tetiba pula hari ini hatiku meronta untuk melihat blog ini kembali setelah sekian lama ku x menjengahnya.. ada ke yang merindui tulisan dari ku?? ini lah kisah yang ingin ku coretkan malam ini..
pasti ada yang menggaru kepala mencari makna EMPATI.. ku yakin pasti ramai tahu apa itu SIMPATI kan?? EMPATI adalah kita meletakkan diri kita dalam situasi seseorang.. dan kita merasainya menggunakan hati yang jujur..  SIMPATI pula lebih pada rasa kasihan.. adakala rasa kasihan itu tidak jujur.. maaf seandainya maksud yang ku berikan ini mengguris mana2 pihak.. tapi inilah yang ku pelajari..
mengapa aku memilih tajuk ini ye?? 
aku kini dalam dilema.. yup ini tentang cinta.. perlukah aku menerimanya kerana simpati.. kerana rasa empati untuknya uat masa ini x wujud lagi.. luka lama belum sembuh lagi.. begitu cepat cinta ini kembali lagi.. ku x menyalahkan takdir.. malah ku bersyukur diberikan seseorang yang amat2 menyanyangi serta mencintai ku.. cuma aku.. aku yang x tau nak bagi jawapan apa.. aku x mampu menyanyanginya seperti dia menyanyangi ku.. inikan pula cinta.. 
aku x mahu melukakan mana2 pihak.. aku x mahu dia terluka kerana dia amat2 baik.. mungkin aku perlu terima hakikat bahawa dia jodoh buat ku.. namun aku perlukan masa sedikit untk mengatakan 'ya' dalam hubungan ini.. 



buat awak.. saya mohon jangan desak saya untuk mempercepatkan hubungan ini terikat.. saya mohon beri saya masa untuk meletakkan awak dalam hati saya.. saya nak hati saya sayang awak ikhlas kerana ALLAH bukan kerana simpati atas sikap awak yang caring tu.. maaf awak.. mungkin saya jahat buat awak cam ni.. tapi saya x kuat untuk melupakan dia.. ingatan pada dia masih kuat meskipun dia lah penyebab saya hampir hilang arah.. terima kasih pada awak yang selalu berada disisi saya selepas dia.. in sya ALLAH seandainya sudah tertulis saya jodoh awak dan awak imam saya, lambat mana pun kita akan tetap disatukan.. amin.. cuma sekarang saya mohon jangan desak saya ye.. bagi saya peluang dan ruang sebentar..







Thursday 27 September 2012

aPa iTu TRAUMATIC OSTEOARTHRITIS ??


ASSALAMMUALAIKUM..

hai... sahabat2ku.. urmm.. lama dah aku x update entry aku kat blog ni.. mesti korang tertanya tanya kan kenapa aku pilih tajuk yang agak membebankan ni tuk dijadikan santapan mata korang.. =)
cer tengok x-ray kat atas tu?? itu adalah tulang pada bahagian lutut kita.. tulang femur dan tibia.. bagi yang ambil jurusan berkaitan perubatan korang mesti tau an anatomi ni.. 


pic kat atas ini pula adalah pic normal & x normal.. korang tengok la betul2.. ada perbezaan.. 

OSTEOARTHRITIS (OA) adalah sejenis penyakit yang biasanya terjadi kepada orang2 yang dah berumur.. senang cerita orang2 tua.. namun itu x bermakna orang2 muda terhindar daripada penyakit ini.. bagi orang muda ianya dikenali sebagai TRAUMATIC OA..

apa itu TRAUMATIC OA?
TRAUMATIC OA ialah kecederaan pada sendi selepas berlakunya keradangan pada sendi yang diikuti dengan beberapa perubahan fisiologi sistem badan manusia.. keadaan akan menjadi bertambah buruk seandainya pesakit masih melakukan aktiviti lasak setelah didiagnoskan menghidap traumatic OA.. 

SIMPTOM2..
sakit yang berpanjangan.. sakit pada bahagian dalam sendi.. pergerakan terhad akibat kesakitan..

RAWATAN..
ubatan analgesik.. mengawal berat badan.. pembedahan..

ini sahaja yang dapat aku rangkumkan untuk santapan korang.. ringkas jepp.. tapi kalau ada yang xfaham korang search la kat internet tuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ni.. aku rasa macam uat assigment lak bila update entry yang macam ini.. 
ada sebab nape aku update sebegini.. insyaALLAH ada usia akan aku luahkan jawapan dari tiap2 persoalan yang timbull =)

WASSALAM..

Wednesday 18 July 2012

..CiNtA MeNgGiLa..

~ BISMILLAH ~

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T


simbolik cinta


C.I.N.T.A  5 huruf.. 1 perkataan.. singkat dan ringkas bukan?? huhuhu.. namun tahukah kalian maksud sebenar CINTA?  menurut kamus, CINTA bermaksud perasaan sayang dan suka yang amat sangat.. wow!! dahsyat.. hehe.. tetapi dalam diri masing2 ada maksud sendiri tentang CINTA.. 

korang mesti tertanya tanya nape aku memilih isu ini dalam tulisan aku kali ini?? manusia mana yang tak hidup tanpa cinta.. aku berani cakaplah semua insan perlukan cinta.. korang pernah x dengar lagu nasyid in-team.. aku x ingat tajuk tapi antara bait2 lagunya " dengan CINTA kenal PENCIPTA.. dengan CINTA kenal RASULNYA.. kerana CINTA kenal SAUDARA.. bahagia KELUARGA.." aku harap korang memahami maksud lagu tu.. dah tertulis sejak azali bahawa kita ini akan hidup saling menyintai.. 

walaupun perkataan CINTA itu ringkas namun panahannya amat perit untuk dilupakan.. sesiapa yg berCINTA akan tahu kebenarannya.. CINTA bukan untuk kekasih sahaja malah untuk semua.. CINTA pada keluarga, kawan2, sahabat2, adik2, abang serta kakak.. cintakan insan, insan kan mati.. cintakan ILLAHI kekal abadi.. kawan2 yg aku sayang betulkan semula niat kita.. ber CINTA lah dengan ILLAHI dahulu.. kemudian ber CINTA lah dengan dirimu pula.. barulah kita layak menCINTAi insan lain.. 

aku xnafikan seandainya kita telah berCINTA sukar untuk kita lupakan insan yg kita CINTAi itu bukan?? aku juga merasai itu semua.. jujur aku katakan aku hampir kecundang kerana CINTA sesama insan.. kekecewaan mendesak aku melakukan perkara2 yg xmasuk akal.. Alhamdulillah.. iman aku masih kuat.. berkat doa serta sokongan dari insan2 yg benar2 menyayangi aku kerana ALLAH akhirnya aku bangkit.. perkara semalam aku biarkan ia berlalu.. sesekali aku memandang kebelakang untuk menginsafi hari itu.. untuk mengulangginya semula aku minta dijauhkan.. nauzubillah..

teman2.. sewaktu kita berCINTA mcm2 simbolik kita gunakan.. contohnya seperti gambar hiasan di atas itu.. tapi pernah x kita menghadiahkan sesuatu sebagai simbolik CINTA kita kepada ILLAHI?? tepuk dada tanya hati.. sedangkan yg bagi kita rasa itu adalah DIA.. apakah kita lalai?? apakah kita lupa akan hakikat itu?? ALLAHUAKHBAR.. aku telah tewas sewaktu masa dahulu.. bagi korang yg masih belum rasa kecundangan perCINTAan aku mohon betulkan semula niat korang.. ikhlaskan perCINTAan korang.. tebalkan dinding keimanan korang agar diri xterhasut dengan syaitan durjana.. aku sekadar mengingatkan.. kerana aku jua insan yg lemah..

bagi yg hilang CINTA insani.. samada korang hilang CINTA seorang kekasih.. hilang CINTA seorang sahabat,  kakak, abang or adik.. janganlah korang rasa dunia ini gelap.. percayalah ALLAH itu xkan pernah tinggalkan kita meskipun kita telah lama tinggalkan DIA kerana leka dengan perihal dunia.. sujudlah pada-NYA.. mohon keampunan dari-NYA.. akan ada hikmah terindah yg bakal korang perolehi.. insyaALLAH.. 

jangan korang jadi lemah jika insan yg korang CINTA itu tinggalkan korang.. lantak pi lah dgn dia kan?? jangan korang jadi lembu kena cucuk hidung kerana takut hilang insan yg korang CINTA tu.. sebab korang bukan haiwan.. jangan korang sakitkan hati korang sendiri demi nak jaga hati insan yg korang CINTA yg mn insan tersebut hanya anggap korang boneka.. try tepuk dada korang then tanyalah hati korang sendiri.. kita punya akal serta fikiran.. gunakan sebaiknya.. aku sekadar mengingatkan.. =)

CINTA kan insan, insan akan mati..
CINTA kan ILLAHI, kekal abadi.. 


inilah CINTA yg diredhai ILLAHI.. kebahagiaanya milik bersama..

 
airmata yg mengalir itu bukan tanda kelemahan tapi itulah kekuatan kita.. 

kenyataan itu memang sakit namun itulah lebih baik dari hidup bersama hipokrit..

sabarlah kerana kesabaran itu akan terbayar dengan kebahagiaan suatu hari kelak..

Friday 29 June 2012

~ ..1 KESILAPAN ATAU 1 UJIAN??.. ~

BISMILLAH..

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.


setelah sekian lama aku meyepi menulis secebis coretan di dada blog ini, kini aku kembali.. bukan mahu membuka aib di hati tetapi cuba untuk berkongsi.. gerak hati yang terusik dengan bisikan rindu menarikan kata2 indah membawa aku ke laman blog ini.. 

aku xtau samada selama ini aku mengenalinya adalah 1 kesilapan atau 1 ujian dari ALLAH untuk aku.. aku termanggu sendirian mencari jawapan untuk persoalan ini.. apakah ini balasan buat aku melukakan hati insan yg benar2 menyayangi aku dengan seikhlas hatinya? adakah aku buta untuk menilai rasa itu? ALLAHUAKHABAR!! aku dah membuat 1 kesilapan.. aku dah melepaskan insan yg benar2 ikhlas dengan aku.. tegarnya aku berbuat demikian demi menjaga hati insan yg xpernah menghargai akan kehadiran aku disisinya.. hanya kerana belaian darinya, aku hanyut.. hanya kerana kata2 manis dari mulutnya, aku memarahi insan lain.. sungguh aku telah melakukan kesilapan itu.. 

jika selama hari ini aku seringkali membisikkan kata2 positif dalam hati tatkala diri ini di tinggalkan kesepian namun hari ini semuanya terbukti.. mana bisa aku melafazkan kata2 positif tentang dia tatkala bukti terpampang depan mata.. aku benar2 sedih.. aku benar2 kecewa.. insan yg aku tatang bagai minyak yg penuh membuat onar dalam hidup ku.. sekian lama aku bersabar menelan apa2 jua kepahitan serta kesakitan yg dilontarkan pada aku kini kesakitannya aku tanggung sendiri.. sakit.. amat2 sakit.. jika diberi pilihan untuk mati aku akan memilih pilihan itu.. namun aku bukan seorang yg munafik pd agamaku sendiri.. 

terima kasih pada mu wahai insan yg amat aku sayang.. dirinya aku dah anggap sebahagian dari hidupku.. segalanya ada pada dia namun sayang dia jua yg merobohkan semua itu.. aku lemah.. segala janji terhapus di sini.. maafkan aku.. benar aku melakukan 1 kesilapan dan inilah ujian yg harus aku terima.. aku redha.. aku ikhlas.. 

padamu.. maafkan kau kerana xbisa mendampinggi mu lagi.. bukan benci.. izinkan aku mengubati hati ini.. lukanya terlalu dalam.. perubahan yg mendadak membuatkan aku seolah olah hilang punca dan arah.. perkara yg aku takut kini telah berlaku.. memang sakit menghadapi kenyataan namun inilah suratan kehidupan.. aku menyayangi mu namun aku xkuat untuk bersama mu lagi.. dengan mu aku kenal kekuatan.. dengan mu aku temui semangat baru.. dengan mu jua aku lebih menghargai titisan airmata.. terima kasih mengajar ku semua ini.. aku sayang kamoo.. moga ALLAH memelihara mu & membukakan pintu hati mu untuk jadi seperti dulu.. amin..

aku xkan tinggalkan mu namun dengan lafaz BISMILLAH pergilah kau terbang bebas mencari hidup mu.. semoga kau akan jumpa apa2 yg kau mahukan selama ini.. percayalah.. aku masih menanti kamu seandainya kau berubah.. biarlah kisah kita berehat sebentar di sini.. doa ku untuk mu.. 'berbahagialah kalian..' amin..




Wednesday 4 April 2012

BISMILLAH..


Assalammualaikum w.b.t


Lama dah aku tidak mencoret sebarang cerita di ruang ini.. bukan xmau mencoret apa2 tapi kekangan masa dan tempat membuatkan semuanya terkubur.. namun dengan kesempatan yg ada ini aku cuba meluahkan seberapa banyak yg telah aku pendamkan selama hari ni, insyaALLAH..

      MENYEPI ITU LEBIH BAIK DARIPADA MEMBUKA AIB DIHATI.. itu yg aku peggang selama beberapa hari ini dan mungkin akan berterusan selamanya dgn izin dari-NYA.. bukan aku dah penat dengan semua ini tapi aku cuba tuk mencari orang2 yg pernah mengutarakan bermacam janji pada diriku sewaktu dulu.. maaf.. nampak macam zalim tp aku juga manusia yg punya hati serta perasaan 'RiNdU'..

      dimanakah semuanya tatkala aku memerlukan semua?? siapakah yg mahu menjadi telinga sewaktu aku didatangi pelbagai cabaran hidup?? siapa pula yg sudi menjadi bahu tempat aku bersandar melepaskan sendu tangis ini?? ALHAMDULILLAH.. ALLAH kuatkan hati ku.. DIA mengizinkan aku menangis di hadapan-NYA.. DIA jg menjadi pendengar setia bagi diriku.. terima kasih ALLAH..

     aku akan melangkah sendirian.. ye.. itu kenyataan yg perlu aku lalui dan hadapi.. aku tak tinggalkan sesapa bahkan mahu melupakan semuanya.. bak kata seseorang ini.. 'kenangan yg menguatkan diri kia'.. ayatnya itu penyuntik semangat aku.. mungkin dia seorang budak tapi akalnya jauh kehadapan.. aku akan cuba meskipun payah.. aku tak lari daripada masalah.. doakan sentiasa mengiringgi semua meskipun aku telah jauh dari mereka dan mereka menjauhi aku.. aku redha.. 

     tinta yg aku coretkan ini bukan mahu simpati.. aku ingin empati.. bukan penghormatan yg aku mahu.. yg aku mahu sedikit rasa kasih sayang daripada kalian.. kalian telah membuka mataku tentang hidup.. kalian juga mengajar aku ketabahan.. aku sayang kalian.. mungkin ini yg mampu aku coretkan setakat ini.. insyaALLAH aku akan kembali lagi dengan cer terbaru tentang aku.. pinta ku pd semua doakan diriku yep.. sayang korang semua.. =)) .. ('',) .. <3







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Tuesday 21 February 2012

..KeRjA OH kErJa!!..

BISMILLAH..


KERJA OH KERJA DI MANA KAU KERJA?? 

huhuhu..kasihan aku.. xpunya kerja lagi.. aduh.. dah 2 bulan lebih aku menjadi suri rumah tangga mak & ayah.. bukan aku xsuka dengan job aku sekarang tapi sampai bila aku nak duk macam ni?? nak kata result teruk xder r teruk mana.. ok la jugak kott.. bukan membangga diri tp dah memang betul.. huhu.. =) .. ye la penat kita belajar selama 2 tahun lebih tapi ntah.. aku xder r kecewa tapi frust gak tgk kawan2 dah keje.. jeles kott.. =( ..


ANUGERAH DEKAN SEM 5 / 2011

KERJA OH KERJA DI MANA KAU KERJA??

ke silap aku?? betul ke x resume yg aku hantar? tapi aku dapatkan resume tu drpd org yg boleh dipercayaii.. orang tu pun dah bekerja.. huhu.. dugaan2.. bukan nak mengungkit tapi dah dekat 20 keping resume aku submit kat hospital2 yg sepatutnya aku hantar.. bak kata senior aku 'memang beratus ratus resume kita akan submit hanya rezeki yg akan menentukan segalanya' .. hohohohoho.. xpelah aku tunggu lagi selagi aku mampu walaupun hakikatnya aku dah tertekan!!!!! wahhhhh.. tolong aku nak kerja!!! 




NI HAH CONTOH RESUME AKU.. NI BARU 2 KEPING ADA AG SEBENARNYA.. HAHAHA..

aku x sekuat RABIAH ADA'WIYAH.. aku juga x secekal SITI KHADIJAH.. tapi aku punya iman.. aku akan terus bermohon pd ALLAH agar sabar aku makin tebal.. aku xmau terus hanyut dengan perasaan & kehendak hati aku.. syaitan selalu membisikkan kata agar aku kesal dgn semua ni.. insyaALLAH aku akan terus bertahan dan bersabar serta akan terus menunggu.. KERJA OH KERJA!! aku harap akan ada perkhabaran yg enak dalam masa terdekat ni.. mudah2han.. =)


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Sunday 19 February 2012

..Aku dAh BoSan!!..

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

hurm.. (pagi2 dh mengeluh) .. nak buat macam mana.. tengok kiri, kosong.. tengok kanan, pun kosong.. hidup aku dah kosong.. 2 tahun lebih hidup aku dikelilingi kawan2 tapi sekarang tinggal aku sorang.. hurm.. sunyi kott.. bukan kott dah tp memang btul2 sunyi.. ingat ag saat belajar walaupun xder kawan2 disisi ada je projek yg aku uat.. orang kata xreti duk diam r.. tp sekarang aku seakan akan hilang arah.. hurm.. 

..sebahagian daripada kengkawan yg selalu menyinari perjalanan hidupku..

..team futsal sewaktu kejohanan SUPTEM..

..bersama sama senior08 join kembara kayak sempena hari kemerdekaan..


nampak dah aktiviti2 aku masa zaman belajar.. huhuhu.. seyes rindu time tu semua..bila duk rumah ni semuanya cam terbatas.. kawan2 kat cni semuanya dah bekerja diluar.. hurm.. tinggal aku sowg2.. bila pulak giliran aku nak keje ni?? dah bosan duduk kat rumah ni xuat pe2 selain mengemas rumah.. atoiiyaiii..